fb fb fb fb fb

Rumah terbakar, tiga mangsa cedera

FOTO RTM

SITIAWAN, 31 Mac - Tiga termasuk seorang kanak-kanak cedera dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Dinding, Sitiawan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak memaklumkan mereka yang cedera merupakan seorang lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa serta kanak-kanak berusia empat tahun.

Mangsa lelaki mengalami kecederaan di bahagian kaki manakala kedua mangsa yang lain hanya mengalami kecederaan ringan.

Mangsa yang cedera diberi rawatan oleh pasukan kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Operasi tamat pada pukul 1.30 tengah hari.


(FOTO RTM)

Media Baharu