fb fb fb fb fb

Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13

AYER KEROH, 31 Mac- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh secara rasmi dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka ke-13 dilaksana di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri, Toh Puan Dr. Asmah Ab Rahman.

Istiadat berlangsung di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di Seri Negeri, di sini.

(Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13
di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam di sini)

Datuk Seri Ab Rauf, 62 tahun juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka sejak 2018.

Pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka 2021, beliau memenangi kerusi DUN Tanjong Bidara, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan calon Pakatan Harapan (PH), Zainal Hassan.

Beliau kemudian dilantik sebagai Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri.

Datuk Seri Ab Rauf mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram sebelum menyambung pengajian di Institut Kemahiran MARA (IKM) di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Beliau mendirikan rumahtangga bersama Datin Seri Zuriyah Aziz.

Media Baharu