fb fb fb fb fb

Kaedah E-Invois diperhebat, pastikan tiada pihak culas bayar cukai

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 31 Mac - Kaedah Invois Elektronik (E-Invois) akan diperhebat mulai tahun hadapan.

Langkah itu bagi memastikan tiada mana-mana pihak yang 'culas' dalam membuat pembayaran cukai.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata alternatif menerusi sistem percukaian itu juga bagi menggalakkan perkembangan ekonomi negara menerusi perniagaan yang telus.

(Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan)

"Jadi E-Invois ini membolehkan perniagaan telus sebagaimana GST juga, jadi kita ingin perhebatkan E-Invois itu bermula tahun hadapan bagi memastikan ketelusan maklumat perniagaan dan apabila perniagaan itu telus, pelarian cukai boleh dielakkan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran E-Kaunter dan Perasmian Piagam Pelanggan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), di sini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA, Mohd. Farid Nawawi berkata LPPSA kini tampil menawarkan e-Kaunter bagi pelanggannya mudah berhubung menerusi panggilan video.

Katanya, wadah tersebut antara usaha agensi itu menambah baik penyampaian perkhidmatan dan memudahkan urusan.

“Pelbagai perkhidmatan ada disediakan termasuk konsultasi bagi pengiraan kelayakan, semakan tunggakan, pertanyaan status pinjaman dan penghantaran dokumen meliputi notis pemaklumaan persaraan, kematian peminjam dan lain-lain perkhidmatan,” katanya.

Media Baharu