fb fb fb fb fb

Kertas Putih Pertahanan bukti kesiapsiagaan pertahanan negara

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 31 Mac-'Malaysia yang Selamat berdaulat dan makmur' menjadi kerangka penting Kertas Putih Pertahanan (KPP) kementerian Pertahanan.

KPP menjadi bukti kesiapsiagaan pertahanan negara selain menjadi panduan utama dalam membuat perancangan serta pelaksanaan jangka panjang.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertahanan, Mohd Yani Daud berkata KPP KPP merangkumi pelaksanaan hala tuju pertahanan negara bagi tempoh 2021-2030.

Tambahnya, Perbincangan berkaitan KPP dibuat secara teliti melibatkan agensi-agensi berkepentingan.

Kertas Putih Pertahanan (KPP) adalah dokumen terbuka yang memberikan penerangan secara jelas peranan rakyat, agensi dan organisasi pertahanan selain anggota tentera dalam mempertahankan negara

Selain itu, KPP juga bersifat umum dan tidak mengandungi maklumat sulit dan sensitif berhubung keselamatan negara.

 


(Kertas Putih Pertahanan (KPP)/FOTO RTM)

Media Baharu