fb fb fb fb fb

Rumah Panjang Selanjat terbakar, 200 penghuni hilang tempat tinggal

BINTULU, 14 Januari- Seramai 200 penghuni blok Rumah Panjang Selanjat, Sungai Segan, Ulu Sebauh hilang tempat tinggal akibat kebakaran yang berlaku kira-kira 9.34 pagi.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad itu melibatkan satu Blok Rumah panjang 36 pintu dan kebakaran dianggarkan telah memusnahkan 33 pintu rumah panjang tersebut.

Pemadaman dilakukan menggunakan teknik Offensive Dan Defensive menggunakan satu aliran 300 kaki dan dua nozel menggunakan air dari Pili Bomba terdekat.

Kebakaran berjaya dikawal daripada merebak ke blok seterusnya.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semua penghuni berjaya menyelamatkan diri semasa kejadian.

(Bomba memadam kebakaran Rumah Panjang Selanjat/FB Korporat JBPM)

Media Baharu