fb fb fb fb fb

Sweden rasmikan tapak pelancaran satelit baharu

(Pemandangan udara di Pusat Angkasa Esrange di Jukkasjarvi, utara Sweden/AFP)

JUKKASJAERVI, 14 Januari- Hanya beberapa hari selepas pelancaran satelit United Kingdom (UK) yang gagal, Sweden merasmikan tapak pelancaran baharunya ketika perlumbaan semakin panas untuk menjadi negara pertama menghantar satelit ke orbit dari benua Eropah.

Raja Sweden Carl XVI Gustaf, Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen dan Perdana Menteri Sweden Ulf Kristersson memotong reben semasa majlis di "Spaceport Esrange" yang disifatkan sebagai "kompleks pelancaran satelit pertama di tanah besar Eropah".

"Terdapat banyak sebab yang baik mengapa kita perlu mempercepat Program Angkasa Eropah," kata von der Leyen. "Eropah bertapak di angkasa dan akan mengekalkannya."

Tapak tersebut adalah lanjutan daripada Pusat Angkasa Esrange di Artik Sweden, sekitar 40 kilometer dari bandar Kiruna.

Kira-kira 15 juta euro (AS$16.3 juta) telah dilaburkan di tapak itu, yang dijangka berfungsi sebagai pelengkap kepada hab angkasa Eropah di Kourou, Guiana Perancis.

Pengendali Esrange, Swedish Space Corporation (SSC) menyasarkan untuk melancarkan satelit pertamanya dari tapak itu "pada suku pertama 2024", kata seorang jurucakap kepada agensi berita AFP.

Ketika ini dengan Rusia dan tapak pelancaran Baikonur di Kazakhstan disekat berikutan perang di Ukraine. -AFP

(Pelancaran roket suborbital "SubOrbital Express 3" dari Pusat Angkasa Esrange di Jukkasjärvi,
utara Sweden/AFP)

 

Media Baharu