fb fb fb fb fb

KPDN jangka isu bekalan minyak masak dapat diatasi

JOHOR BAHRU, 14 Januari- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, (KPDN) menjangkakan isu bekalan minyak masak tempatan dapat diatasi selepas perbincangan
bersama pemain industri.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, salah satu punca gangguan bekalan minyak masak tempatan adalah disebabkan kekurangan pekerja asing dalam sektor perladangan ketika ini, seperti yang dibangkitkan pemain industri.

"Hasil daripada perbincangan saya dengan pihak perladangan dan industri kelapa sawit, mereka bersedia berbincang tentang harga.

"Malah harga dapat distabilkan sekiranya pekerja mencukupi dalam sektor perladangan," katanya kepada pemberita selepas Perasmian Pertandingan Kaligrafi Tahun Baru Cina di Johor Bahru.

Beliau menjangkakan isu berkaitan pekerja asing yang mempengaruhi bekalan dan harga minyak masak tempatan dapat diselesaikan dalam tempoh tiga bulan.

Selain industri perladangan, kabinet juga menetapkan agar isu pekerja asing di dalam sektor lain seperti pembinaan dapat diselesaikan segera.

(Salahuddin Ayub)

Media Baharu