fb fb fb fb fb

Pemukiman Jemaah Menteri diadakan esok - Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 14 Januari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sesi pemukiman bersama Jemaah Menteri esok.

Sesi sehari itu diadakan bagi membincangkan hala tuju dan menetapkan indeks prestasi utama (KPI) bagi setiap kementerian.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pemukiman yang melibatkan semua Jemaah Menteri itu dilihat diadakan tepat pada masanya.

"Ini adalah pemukiman yang bagi saya tepat pada masanya kerana ramai menteri yang telah mengambil masa sebulan, sebulan setengah untuk memahami agensi dan ada yang telah mula lawatan ke negeri-negeri.

"Macam saya semalam di Kelantan dan sempat bertemu dengan warga Kementerian Komunikasi dan Digital di peringkat negeri Kelantan. Jadi kita ada serba sedikit pemahaman dan selepas ini menentukan hala tuju bagi setiap kementerian juga Kerajaan Perpaduan itu sendiri," katanya.

(Fahmi Fadzil)

Beliau menjelaskan demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat Parlimen Lembah Pantai, di sini hari ini.

Setakat ini inti pati serta tempat perbincangan sesi pemukiman tersebut tidak didedahkan kepada umum.

Media Baharu