KUALA LUMPUR, 14 Januari- Satu pusat kawalan bagi mengenal pasti kawasan di Sabah dan Sarawak yang mengalami gangguan perkhidmatan telekomunikasi akan diwujudkan.
Keperluan bagi membolehkan tindakan baik pulih yang komprehensif segera dilaksana untuk kemudahan pengguna terutama di luar bandar.
Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil memaklumkan, usaha itu akan dikendali Timbalan Menterinya bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Isunya adalah apabila kita dapatkan data bagi liputan kawasan penduduk, ia mencapai 97% tetapi realitinya ramai yang mengadu berkenaan tiada liputan rangkaian atau tahap kelajuan internet yang rendah.
"KKD dan SKMM sedang meneliti isu ini. Insya Allah dalam masa terdekat kita akan buat beberapa pengumuman untuk diselesaikan secara komprehensif," katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat Parlimen Lembah Pantai, di sini hari ini.
Pihaknya juga sedang merangka dasar baharu bagi mewujudkan kesalinghubungan antara syarikat telekomunikasi, seterusnya menyelesaikan isu gangguan perkhidmatan.
(Fahmi Fadzil)