fb fb fb fb fb

China lapor hampir 60,000 kematian berkaitan COVID-19 dalam sebulan

(Kakitangan membungkus vitamin di Youcare Pharmaceutical Group di Beijing/REUTERS)

BEIJING, 14 Januari - Pihak berkuasa kesihatan China melaporkan hampir 60,000 kematian berkaitan COVID-19 dalam masa lebih sebulan, jumlah kematian pertama dikeluarkan kerajaan sejak melonggarkan sekatan virusnya pada awal Disember.

"China merekodkan 59,938 kematian berkaitan COVID-19 antara 8 Disember 2022 hingga 12 Januari tahun ini," kata Ketua Biro Pentadbiran Perubatan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, Jiao Yahui dalam sidang media di sini.

Angka itu hanya merujuk kepada kematian yang direkodkan di kemudahan perubatan, dengan jumlah sebenar mungkin lebih tinggi.

"Ia termasuk 5,503 kematian disebabkan kegagalan pernafasan secara langsung akibat virus itu, dan 54,435 kematian disebabkan penyakit asas digabungkan dengan COVID," kata Jiao.

China dituduh kurang melaporkan jumlah kematian akibat virus mau titu sejak meninggalkan dasar COVID sifar pada awal Disember.

Beijing sebelum ini telah menyemak semula metodologinya untuk mengkategorikan kematian COVID, mengatakan ia hanya akan mengira mereka yang mati secara khusus akibat kegagalan pernafasan yang disebabkan oleh virus itu.

Tetapi ini telah dikritik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengatakan definisi baharu itu "terlalu sempit". -AFP

(Orang ramai mengenakan pelitup muka memasuki Stesen Kereta Api Beijing ketika perjalanan
tahunan Festival Musim Bunga menjelang Tahun Baharu Cina/REUTERS)

 

Media Baharu