fb fb fb fb fb

KKM fokus tambah baik fasiliti seluruh negara

SEGAMAT, 14 Januari- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memfokuskan kepada penambahbaikan fasiliti semua hospital dan pusat kesihatan seluruh negara, menerusi bajet yang diperuntukkan kepada kementerian itu tahun ini.

Menterinya, Dr Zaliha Mustaffa berkata, KKM fokus kepada penambahbaikan fasiliti bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan termasuk di Sabah dan
Sarawak.

Katanya, pembentangan bajet akan dibuat sekali lagi pada sidang parlimen seterusnya untuk mendapatkan jumlah sebenar perbelanjaan diterima KKM.

Bagaimanapun setakat ini, KKM belum memikirkan untuk membina hospital baharu dan hanya meneruskan projek projek pembinaan sedia ada.

"Jadi harap bajet tersebut bantu kita untuk melaksanakan perkara yang menjadi keutamaan. Insya Allah perkara itu akan diputuskan bersama dengan kementerian dan bergantung kepada keputusan parlimen," katanya selepas menghadiri Program Edaran Limau dan Tarian Singa di Segamat, Johor di sini.

(Zaliha Mustaffa)

Media Baharu