fb fb fb fb fb

Laksana perpustakaan berkonsep 'bibliotourism', usaha Perak rancak pelancongan negeri

(Foto hiasan/Bernama)

IPOH, 14 Januari- Perpustakaan berkonsepkan 'bibliotourism' (pelancongan bibliografi) dilaksanakan di Kuala Kangsar dan Taiping dalam usaha merancakkan lagi industri pelancongan di Perak.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Rafidah Abdul Aziz berkata pemilihan tempat itu dibuat kerana kedua-dua daerah tersebut sememangnya terkenal dengan pelbagai monumen dan lokasi bersejarah.

Jelas beliau, konsep 'bibliotourism' adalah melancong dan cintakan perpustakaan iaitu pelancong dalam dan luar negara akan menjadikan perpustakaan sebagai sumber rujukan dan panduan.

Pelbagai fasiliti dan kemudahan juga disediakan kepada pelancong dalam usaha menarik minat mereka untuk melawat kawasan sekitar.

"Perpustakaan awam Kuala Kangsar kami itu betul-betul mengadap sungai Perak dan begitu cantik sebab banyak peristiwa bersejarah berlaku di bandar diraja tersebut dan di Taiping jadikan 'bibliotourism' kerana Taiping memang terkenal dengan bangunan bersejarah," katanya.

(Rafidah Abdul Aziz/Foto Bernama)

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutup Program Libraries Unite Us@PPANpk yang disempurnakan oleh Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri, Loh Sze Yee, di sini hari ini.

Bagi memastikan ketepatan fakta sejarah, pihaknya juga akan bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Tourism Perak Malaysia, Jabatan Warisan Negara dan Galeri Sultan Azlan Shah.

Media Baharu