fb fb fb fb fb

Dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan

KUALA LUMPUR, 14 Januari- Keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 meluluskan usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan tahun ini merupakan keputusan muktamad perwakilan parti.

Ia bertujuan memberi ruang kepada pucuk pimpinan meneruskan agenda memulihkan parti.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu berlandaskan perlembangaan dan peraturan mesyuarat.

"Perwakilan yang diabsahkan ialah perwakilan dalam PAU dan perkara ini dilaksanakan mengikut fasal dalam perlembagaan parti dan juga fasal dalam peraturan parti.

"Jika terdapat perwakilan yang tidak sah berada di dalam dewan, atau perkara yang tidak diikuti pengerusi tetap, saya yakin perkara itu telah mendapat nasihat daripada penasihat undang-undang UMNO sendiri yang juga merupakan Lembaga Disiplin parti," katanya dalam sidang media selepas sesi penggulungan bersempena PAU 2022 di sini.

Terdahulu, majoriti perwakilan yang hadir menyokong usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti tahun ini.

(Ahmad Zahid Hamidi)

Media Baharu