fb fb fb fb fb

Penglibatan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan, solusi terbaik elak perpecahan parti

(Foto Bernama)

KUALA LUMPUR, 14 Januari- Penglibatan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan merupakan solusi terbaik, mengelakkan perpecahan parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu amat tepat sebagai persediaan kepada parti mendepani Pilihan Raya Negeri.

"Kita sepakat UMNO mesti dibugarkan untuk bergerak ke hadapan. UMNO mesti melakukan perubahan dan pembaharuan dalam gerak kerja dan tindakan.

"UMNO perlu diremajakan. Remaja dalam konteks muka-muka baharu dan idea-idea segar. UMNO mesti berupaya menawarkan harapan baharu buat rakyat," katanya.

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/Foto Bernama)

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2022, di sini hari ini.

Terdahulu, Perwakilan UMNO telah meluluskan usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingan pada pemilihan parti tahun ini.

PAU 2022 berlangsung selama empat hari sejak Rabu lepas di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpu (WTCKL).

Media Baharu