fb fb fb fb fb

Remaja dikhuatiri lemas ketika mandi sungai di Bera

(Lokasi seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas di sungai berhadapan masjid lama Kampung Batu Bor 2
Triang, Bera)

KUANTAN, 14 Januari - Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas di sungai berhadapan masjid lama Kampung Batu Bor 2 Triang, Bera.

Mangsa, Faizal Akmal Fikri Mohd Fauzi, 19 tahun sebelum itu dikatakan telah hilang selepas mandi berseorangan di sungai berkenaan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 4.58 petang tadi.


(Foto hiasan)

Susulan itu, sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Triang bersama empat jentera dikerah ke lokasi kejadian.

Ketika tiba di lokasi, pihaknya mendapati motosikal dan barangan peribadi mangsa masih berada di tempat kejadian.

Katanya, pihak bomba telah melakukan pencarian melalui darat di sekitar tebing sungai.

Media Baharu