fb fb fb fb fb

Pemandu motosikal berkuasa tinggi maut kemalangan

LIPIS, 14 Januari- Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut, selepas motosikalnya bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Jalan Lipis ke Merapoh, kira kira pukul 11.40 pagi tadi.

Mangsa, Azman Zakaria, 43, seorang mekanik yang meninggal dunia ketika sedang dirawat di Hospital Lipis.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintenden Azli Mohd Noor berkata, pemandu pacuan empat roda itu merupakan seorang guru dari Kelantan hanya mengalami cedera ringan.

Hasil siasatan awal mendapati, kedua-dua tayar belakang kenderaan terbabit pecah sebelum hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan merempuh motosikal mangsa.

Kesan daripada perlanggaran itu, bahagian depan motosikal tersebut remuk dan terbakar.

Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Lipis, sebelum disahkan meninggal dunia pada 1.00 tengahari tadi.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

(Penunggang motosikal berkuasa tinggi bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda) 

Media Baharu