fb fb fb fb fb

PLSB Fasa 1 Sungai Golok dijangka siap sepenuhnya Ogos 2024

KUALA LUMPUR, 14 Januari- Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Fasa 1 Sungai Golok di Kelantan dijangka siap sepenuhnya 13 Ogos 2024.

Projek Kerajaan Persekutuan dengan peruntukan RM656 juta itu bagi mengurangkan masalah banjir di kawasan berdekatan sungai itu di Tumpat dan sebahagian Pasir Mas.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan, berdasarkan kajian, pelaksanaan menyeluruh akan membantu menyelesaikan masalah banjir di lembangan Sungai Golok.

Pembinaan Fasa 1 melibatkan empat skop utama iaitu, Ban Banjir Sungai Golok sepanjang 26.2 kilometer, Ban Banjir Sungai Lanchang Lemal (19.84 kilometer), Kuala Jambu Outlet Gate dan Ban Sungai Mentua.

(Berdasarkan kajian, pelaksanaan menyeluruh akan membantu
menyelesaikan masalah banjir di lembangan Sungai Golok)

Pembinaan mengambil kira kawasan paling berisiko berlaku limpahan Sungai Golok berbanding kawasan di Fasa 2, di bahagian hulu.

Ia juga meningkatkan keselamatan dan kedaulatan negara dengan pembinaan infrastruktur tebatan banjir serta mendalamkan muara Sungai Golok bagi penambahbaikan laluan bot daripada risiko banjir pantai.

Sehubungan itu, dakwaan projek menjadi halangan air adalah tidak benar, sebaliknya sebahagian ban yang telah siap berjaya mengurangkan kerosakan banjir.

Media Baharu