fb fb fb fb fb

Rumah panjang Kampung Krusen Siu hampir musnah dalam kebakaran

Foto RTM

SERIAN, 13 Julai-Sebuah rumah panjang di Kampung Krusen Siu, Jalan Tebakang di Serian hampir musnah sepenuhnya akibat kebakaran tengah hari tadi.

Menurut laporan pusat gerakan operasi bomba Sarawak, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian serta Siburan dikerahkan ke lokasi bersama dua jentera dan sebuah EMRS.

Kebakaran melibatkan rumah panjang dua tingkat struktur tidak kekal yang mempunyai lapan pintu dan terbakar 80 peratus.

Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran dan kerja-kerja pemadaman selesai pukul 1.00 tengah hari.

Kesemua 43 penghuni rumah panjang tersebut dilaporkan selamat manakala punca kebakaran dan kerugian sedang disiasat.

Terdahulu pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pukul 12.04 tengah hari.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD