fb fb fb fb fb

Harga rumah, kekal murah di Melaka

MELAKA, 22 Julai- Harga rumah di Melaka masih kekal rendah berbanding di negeri–negeri lain.

Perkara itu dinyatakan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Jelas beliau, indeks harga rumah purata bagi negeri Melaka bermula daripada RM181,000.

"Untuk makluman semua harga rumah negeri Melaka adalah yang paling rendah di Malaysia jadi harga rumah negeri melaka untuk suku pertama tahun 2022 ini purata kalau dibandingkan dengan negeri negeri lain adalah RM209,292 seunit harga rumah teres negeri Melaka adalah sebanyak RM181,428 kalau dibandingkan negeri-negeri lain," kata Sulaiman.

Untuk itu, beliau menyarankan penduduk di Melaka yang ingin memiliki kediaman sendiri untuk membelinya dalam tempoh terdekat berikutan kos binaan yang dilihat semakin meningkat dari masa ke semasa.

Maklumat lanjut mengenai perumahan ditawarkan, orang ramai boleh mendapatkannya melalui Lembaga Perumahan Melaka (LPM).


(Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali)

Media Baharu