fb fb fb fb fb

JAKM Kelantan: Bicara Ulama Nusantara dapat sambutan hangat

KOTA BHARU, 22 Julai- Program bicara Ulama Nusantara membuka tirai Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) kelantan hari ini.

Ia melibatkan tiga ulamak tersohor termasuk Tuan Guru Baba haji Ghazali Ahmad Al Fatani, Ketua Lujnah Fatwa Majlis Agama Islam Fatani Pondok Sekam, Thailand.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Nassuruddin Daud berkata, program bicara tersebut menerima sambutan hangat dengan kehadiran ribuan penonton.

"Alhamdullilah sambutan meriah kerusi penuh sampai ada yang bersila dihadapan, harap kecintaan dalam majlis ilmu berterusan sampai bila-bila," kata Mohd Nassuruddin.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menjadi panel Bicara Ulama Nusantara bertajuk ‘Memperteguh Kesatuan Ummah’.

Seorang lagi moderator jemputan, Timbalan Ketua Eksekutif (HEA), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Nilam Puri, Dr. Mohd Ramizu bin Abdullah@Zakaria.

Program berlangsung di pentas utama pada pukul 9.00 pagi tadi turut disiarkan secara langsung menerusi fb live Jabatan Penerangan Kelantan (JAPEN) bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat hadir secara bersemuka di tapak JAKM, Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu.

JAKM edisi keenam ini menyediakan pelbagai acara menarik seperti Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia, gerai pameran agensi dan kementerian, persembahan tradisional, bekwoh (kenduri), persembahan kebudayaan dan pertandingan Muay Thai.


(Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta,
Datuk Nassuruddin Daud ketika menjadi panel Bicara Ulama Nusantara)

Media Baharu