fb fb fb fb fb

DRN Melaka kini diperingkat akhir penilaian

(Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali)

 MELAKA, 22 Julai- Dasar Perumahan Kerajaan Negeri Melaka (DRN Melaka) sedang di peringkat akhir penilaian sebelum sebarang keputusan dibuat mengenainya.

Ketua Menteri Melaka , Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, pelaksanaan dasar itu akan mengikut situasi semasa berikutan peningkatan kos bahan binaan ketika ini.

Ia bagi memastikan, dasar yang dilaksana tidak membebankan pemaju, kontraktor atau pembeli kelak.

Jelasnya, sebarang cadangan atau maklum balas daripada mana-mana pihak mengenai dasar ini dialu-alukan.

"Kita masih di peringkat akhir kita belum putuskan lagi jadi sepertimana yang disebut pengerusi redha tadi itu semua kita ambil kira dan kita masih lagi di peringkat akhir kita melihat dasar perumahan ini kita juga melihat pada situasi masalah,"kata Sulaiman.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan EKSPO Perumahan Dan Hartanah Melaka 2022 di Bandaraya Melaka.

Terdahulu, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REDHA) Melaka memohon pertimbangan kerajaan negeri Melaka terhadap empat cadangan yang dikemukakan persatuan untuk dinilai dalam DRN Melaka.


GAMBAR HIASAN

Media Baharu