fb fb fb fb fb

Rumah kedai terbakar, bomba berjaya selamatkan tiga lelaki

Foto Bomba

KUALA LUMPUR, 21 Oktober- Tiga lelaki warga asing berjaya diselamatkan pihak bomba apabila sebuah rumah kedai di tingkat Jalan Datuk Haji Eusoff di sini, terbakar awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul Mohd Alhafiz Asmuni berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 1.31 pagi, dan menggerakkan 32 anggota dan jentera dari BBP Sentul, Jalan Hang Tuah dan Titiwangsa yang tiba di lokasi lapan minit kemudian.


(Mangsa yang berjaya diselamatkan dari kebakaran/Foto Ihsan Bomba KL)

"Sewaktu anggota menaiki tangga kedai untuk ke tingkat tiga, bomba terserempak dengan dua mangsa dan membawa mereka turun ke tingkat bawah. Mereka memaklumkan terdapat seorang lagi rakan terperangkap di tingkat tiga," katanya.

Operasi pemadaman dilakukan dari luar bangunan bagi mengawal api daripada merebak sebelum kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada 1.52 pagi, selepas berjaya menyelamatkan mangsa ketiga.

Kebakaran melibatkan dua bilik yang didiami pekerja asing manakala punca kebakaran dan kerugian masih disiasat.

Menurut Alhafiz, ketiga-tiga mangsa yang tidak fasih berbahasa Melayu mahupun Inggeris itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan menerima rawatan awal daripada pasukan perubatan Hospital Kuala Lumpur di lokasi.





 

Media Baharu