ALOR SETAR, 16 Februari- Sebanyak 10 buah motosikal musnah dalam kebakaran di sebuah kedai menjual kenderaan itu di Kampung Tengah, Alor Setar, kira-kira pukul 3.59 pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berkata kebakaran melibatkan struktur rumah kedai kelas A, berukuran 20x40 kaki persegi.
Katanya, tindakan pantas bomba berjaya memadamkan kebakaran tersebut.
"Sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena dan dua jentera dari BBP Alor Setar bersama-sama 14 anggota dikejarkan ke lokasi insiden tersebut.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"Bagaimanapun, seorang anggota bomba mengalami kecederaan semasa kerja-kerja operasi pemadaman dijalankan.
"Anggota yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk mendapatkan rawatan lanjut," menurut kenyataan tersebut.