fb fb fb fb fb

Rumah bungkus dadah digempur PDRM, temui 11.5 kg dadah

PETALING JAYA, 2 September- Sebuah rumah di Cheras, Selangor dipercayai dijadikan pusat pembungkusan dadah digempur Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hasil serbuan membawa kepada rampasan 11.5 kilogram dadah jenis ketamin.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Fakhrudin Abdul Hamid, kegiatan di premis terbabit terbongkar hasil penangkapan seorang suspek bersama sejumlah dadah di Jalan Gasing, Ahad lalu.

"Hasil pemeriksaan telah berjaya merampas dua paket plastik berwarna merah dan hitam yang mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis ketamin dengan anggaran berat 5,075 gram dan satu lagi kita jumpa lima paket plastik lutsinar berisi serbuk putih disyaki dadah jenis ketamin dengan anggaran berat, 3,425 gram di atas meja ruang tamu rumah tersebut," kata ACP Fakhrudin kepada RTM.


(Antara peralatan yang dirampas oleh PDRM dalam operasi terbabit)

Turut dirampas, perkakas membungkus dadah.

Suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes dirujuk mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Media Baharu