fb fb fb fb fb

RTM siar 75 perlawanan Liga-M secara langsung

KUALA LUMPUR, 14 Februari- Berita baik buat peminat bola sepak tanah air.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) diumumkan secara rasmi sebagai rakan penyiar Liga Malaysia (Liga-M) 2023 yang akan membuka tirai pada 24 Februari dengan perlawanan Piala Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah), Johor Darul Takzim (JDT) menentang Terengganu FC.

Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil berkata RTM akan menyiarkan secara langsung 75 perlawanan Liga-M termasuk perlawanan Piala Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

"Hasrat saya, kita dapat tonjolkan bukan hanya bakat pemain bola sepak kita tapi memberi ruang kepada peminat bola sepak tanah air untuk menonton secara percuma," kata Fahmi selepas Majlis Pelancaran RTM sebagai Rakan Penyiar Liga-M 2023 di Angkasapuri Kota Media di sini.

(Fahmi berkata RTM akan menyiarkan 75 perlawanan Liga-M secara langsung)

Tambah beliau, kesemua siaran langsung ini boleh disaksikan di saluran TV2, Sukan RTM dan TV Okey serta penstriman langsung melalui aplikasi RTMKlik.

Selaku rakan penyiar rasmi, RTM bukan hanya memberikan kepuasan kepada peminat bola sepak malah dapat meningkatkan nilai komersial Liga-M sendiri.

Sebanyak 14 pasukan akan bertanding dalam saingan Liga Super musim ini selepas penstrukturan semula Liga-M dan persaigan sengit bakal dipamerkan setiap pasukan untuk merebut gelaran juara.

Sementara itu, bekas pemain kebangsaan, Muhammad Azraai Khor Abdullah berpendapat, saingan Liga-M musim ini menjanjikan persembahan menarik melalui siaran langsung di RTM.

"Apabila kontrak RTM diteruskan, sudah tentunya dengan kecemerlangan musim sudah akan diberi peluang untuk meneruskan lagi dari segi siaran dan sebagainya," katanya.

 

Media Baharu