fb fb fb fb fb

Kerajaan disaran permudah akses, syarat bantuan

KUALA LUMPUR, 14 Februari- Kerajaan wajar terus mengambil langkah bagi meringankan beban penternak, petani dan pengeluar makanan, kata Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat.

Ini termasuk peniaga serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

"Masih ramai petani yang mengadu kekurangan bantuan baja dan racun. Walaupun terdapat pelbagai insentif bantuan dari segi pengeluaran tanaman ataupun projek industri asas tani tetapi penyertaan masih agak rendah. Begitu juga dengan penternak, masih bertanya tentang insentif bantuan ternakan. Mungkin masalahnya bukan kepada banyaknya insentif tetapi pada capaian dan syarat yang ditetapkan," kata Syed Ibrahim.

Dalam sesi sama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan negara yang stabil akan terzahir sekiranya wujud permuafakatan antara kerajaan dengan pembangkang.

Ini seperti titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Hasrat murni YDPA ini adalah sesuatu yang perlu diambil kira oleh semua pihak. Bukan hanya di pihak pembangkang tetapi juga di pihak kerajaan.

(Kerajaan disaran permudah akses, syarat bantuan)

"Caranya ialah dengan mempercayai sesama kita. Mustahil ia boleh berlaku sekiranya masih ada lagi dalam kalangan pemimpin yang mempunyai dendami antara satu sama lain terutamanya selepas mereka memimpin kerajaan,' kata Hamzah.

Beliau turut memberi jaminan blok pembangkang akan memainkan peranan semak dan imbang dengan menegur dan memberi pandangan secara bertanggungjawab.

Malah menyokong perkara baik yang dibawa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hamzah juga memuji keputusan kerajaan menghantar Pasukan SMART ke Turkiye susulan bencana gempa bumi dengan menyifatkannya sebagai tindakan yang tepat.

 

Media Baharu