fb fb fb fb fb

Dana kerja penyelenggaran Kampung Bukit Tinggi perlu ditambah

PAHANG, 14 Februari - Jumlah dana bagi kerja penyelenggaran di Kampung Bukit Tinggi, Pahang susulan banjir kilat petang Ahad, perlu ditambahkan.

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, mencadangkan perkara itu, selepas meninjau kawasan berkenan, hari ini.


(Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Huang Tiong Sii bersama
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman
turut sertai melawat kawasan tersebut)

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Huang Tiong Sii turut sertai melawat kawasan tersebut.

Akibat banjir kilat itu juga menyebabkan runtuhan batu dan jalan yang berlaku di FT 68 Sec 43.4 Jalan Lama Bentong - Kuala Lumpur.

"Dengan lawatan tadi timbalan menteri boleh melihat sendiri apa yang berlaku dan diharap akan dibawa kepada kementerian dan ada satu peruntukan segera diluluskan.

"Semalam menteri besar pahang dah umumkan peruntukan 200,000. Tetapi itu untuk kebaikan longkang dan parit dan ia tidak mencukupi dan kita perlukan daripada pihak kementerian sendiri daripada agensi-agensi kementerian di peringkat persekutuanl untuk melakukan kerja-kerja segera di sini," katanya.

Mengenai kerja-kerja kemajuan melibat sekitar kawasan Kampung Bukit Tinggi akan dimaklumkan menerusi laman media sosial belia, katanya ketika ditemui media.

Media Baharu