fb fb fb fb fb

Daerah Batang Padang dan Kampar, Perak dilanda banjir kilat

IPOH, 14 Februari- Beberapa kawasan di daerah Batang Padang dan Kampar, Perak mengalami banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak pukul 4.00 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah Batang Padang.

PPS Dewan Orang Ramai Kampung Samy dibuka pada pukul 7.00 malam menempatkan sebuah keluarga terdiri daripada seorang wanita dan bayi.

Antara kawasan terjejas di Batang Padang ialah Kampung Sami Tapah, Taman Highland Park, Taman Tapah 2 dan Kampung Pahang.

Sementara itu di daerah Kampar, banjir kilat dikesan melanda kawasan pekan Gopeng.

Keadaan l dilaporkan terkawal dengan anggota Agensi Pertahanan Awam (APM) telah digerakkan untuk tugasan kawalan dan pemantauan.

(Beberapa kawasan di daerah Batang Padang Kampar dilanda banjir kilat)

 

 

(

Media Baharu