fb fb fb fb fb

KP Bomba Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid bersara hari ini

KUALA LUMPUR, 14 Februari - Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid bersara wajib daripada perkhidmatan awam berkuatkuasa hari ini.

Terdahulu, majlis penyerahan nota serah tugas dan penyerahan tongkat kuasa dibuat dengan diserahkan kepada kepada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Datuk Abdul Wahab Mat Yassin di Ibu Pejabat JBPM Putrajaya.


(Datuk Seri Mohammad Hamdan)

Beliau juga menerima hormat panglima seterusnya memeriksa perbarisan kawalan kehormatan yang dianggotai seramai dua orang pegawai dan 99 orang anggota.

Datuk Seri Mohammad Hamdan telah memulakan perkhidmatan beliau di JBPM pada tahun 1988.

Sepanjang 35 tahun perkhidmatan, beliau telah memegang beberapa posisi penting dalam jabatan termasuk Pengarah Bomba Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Penolong Ketua PengarahBahagian Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan JBPM.

Beliau telah dilantik menjadi Ketua Pengarah JBPM pada 11 Jun 2018.

Media Baharu