fb fb fb fb fb

Inisiatif rahmah dikembangkan kepada raya rahmah

(Datuk Seri Salahuddin semasa merasmikan Menu Rahmah peringkat Negeri Perlis di Restoran Bekwoh)

KANGAR, 14 Februari- Inisiatif rahmah bakal dikembangkan kepada pelbagai sektor lain termasuk tekstil bagi membolehkan lebih banyak manfaat diterima rakyat.

Perkara ini dilihat sangat membantu golongan tidak berkemampuan terutamanya ketika menyambut perayaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, konsep ramah ini sedang diperluas kepada rakyat termasuk dalam menyediakan keperluan ketika musim perayaan.

Bagaimanapun keputusan itu tertakluk pada kesediaan pihak berkaitan untuk melaksanakannya.

"Itu antara yang kita bincang dan mereka meminta tempoh untuk mereka berbincang dua, tiga hari ini. Minggu depan kita akan panggil mereka semula dan kita akan dapat nanti spesifik apakah bentuk tawaran raya rahmah yang mereka boleh tawarkan mereka boleh bagitau pada rakyat," kata Salahuddin kepada pemberita selepas merasmikan Menu Rahmah peringkat Negeri Perlis di Restoran Bekwoh di sini.

Di Perlis sebanyak lapan pengusaha kedai makan dan restoran dan satu trak makanan menyahut seruan kerajaan melaksanakan Menu Rahmah secara sukarela.

(Antara masakan yang disediakan semasa Majlis Perasmian Menu Rahmah peringkat Negeri
Perlis/BERNAMA)

Media Baharu