fb fb fb fb fb

RTM sahut kempen kibar jalur gemilang

KUALA LUMPUR, 19 Ogos- Semarakkan semangat patriotisme terhadap negara tercinta.

Demikian saranan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud kepada warga kerja Jabatan Penyiaran di seluruh negara.

Katanya, setiap warga kerja RTM di seluruh negara perlu menyemarakkan semangat itu dengan kecintaan tanpa berbelah bagi sambil melihat negara ini sebagai tempat bumi dipijak, langit dijunjung dan tempat segala keringat ditumpahkan.

"Kita buat sambutan ini di peringkat jabatan supaya warga RTM secara keseluruhannya di Angkasapuri mahupun di negeri-negeri untuk sama-sama kita semarakkan lagi bulan kebangsaan dengan mengibarkan bendera Jalur Gemilang kita," kata Che Roslan kepada pemberita RTM selepas melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) di Angkasapuri, hari ini.


(Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud bersama barisan pengurusan
tertinggi RTM pada majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat RTM di Angkasapuri, hari ini)

Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut adalah barisan pengurusan tertinggi dan kakitangan RTM.

Tambah beliau, RTM akan terus menyahut seruan kerajaan dalam menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat menerusi pelantar penyiaran.

Media Baharu