fb fb fb fb fb

Kempen Laut Bebas Plastik, demi keselamatan hidupan marin, kesihatan manusia

KUANTAN, 19 Ogos- Pencemaran sisa plastik di laut negara semakin membimbangkan hingga meningkatkan ancaman terhadap hidupan marin dan kesihatan manusia.

Menyedari hakikat itu, Jabatan Perikanan Malaysia melaksana Kempen Laut Bebas Plastik sebagai inisiatif mengekang pencemaran tersebut.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Mohd Sufian Sulaiman, semua pihak terutama golongan nelayan disaran menyokong usaha berkenaan.

"Pertama sekali kepada nelayan, mereka yang pergi ke laut ni yang membawa apa-apa sahaja berkaitan dengan plastik, minuman, makanan dan sebagainya jangan dibuang ke laut, bawa balik, buang di tempat yang disediakan oleh Majlis Perbandaran dan sebagainya ke tong-tong sampah yang disediakan. Selain daripada itu jika ternampak apa-apa plastik yang berada di laut mohon kutip dan bawa balik," katanya.


(Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Mohd Sufian Sulaiman)

Mohd Sufian berkata demikian kepada media selepas merasmikan Kempen Laut Bebas Plastik Peringkat Nasional di Pantai Sepat, Kuantan.

Program berkenaan melibatkan hampir 600 peserta daripada pelbagai agensi dan institusi pendidikan dengan 600 kilogram sisa plastik berjaya dikumpulkan.


(FOTO FB Kementerian Alam Sekitar Dan Air)

Media Baharu