fb fb fb fb fb

KKR peruntuk RM2.8 bilion untuk projek, kerja selenggara jalan di Johor

KOTA TINGGI, 19 Ogos- Kementerian Kerja Raya memperuntukkan lebih RM2.8 bilion untuk projek-projek dan senggara jalan persekutuan serta bangunan di Johor, tahun ini.

Ia melibatkan 43 projek bangunan bernilai RM816 juta, 134 senggara bangunan dengan kos RM87 juta dan 24 projek jalan berjumlah RM1.8 juta.

Menterinya, Datuk Sri Fadillah Yusof berkata, peruntukkan turut melibatkan 88 kerja senggara jalan dengan kos RM125 juta dan 14 cerun bernilai RM10 juta.

Kementerian turut memberi peruntukkan tambahan RM650,000 untuk pemasangan lampu jalan di kawasan gelap dan berisiko di Laluan Persekutuan FT003 iaitu Jalan Mersing - Kota Tinggi.


(Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof/BERNAMA)

"Kita juga lalu kawasan sebahagian jalan menjadi laluan binatang liar khususnya gajah di mana ada beberapa kemalangan melibatkan kematian gajah. Setelah perbincangan dan permintaan Jabatan Perhilitan kepada JKR Johor, maka KKR Johor sudah mengemukakan permohonan memasang lampu jalan, kita sudah mula beri peruntukan awal RM200,000", kepada pemberita semasa 'Jelajah FTRoadpedia Selatan 2.0' di Kota Tinggi, Johor.

Tambahnya, Johor turut menjadi perintis Kontrak Berdasarkan Prestasi (PBC) terhadap syarikat dilantik, menerusi peruntukkan RM52.8 juta untuk laluan persekutuan FT001, FT003 dan FT005.

Kontrak selama lima tahun itu membolehkan penilaian terhadap syarikat dilantik diukur mengikut Indeks Prestasi Utama (KPI) ditetapkan.

Menerusi PBC, syarikat dilantik akan menanggung kos sekiranya jalan yang sudah disenggara rosak semula dalam tempoh kontrak.

Media Baharu