fb fb fb fb fb

Jualan kenderaan pada Julai 2022 catat lonjakan ketara - MAA

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 19 Ogos- Jualan kenderaan di Malaysia bagi Julai 2022 berjumlah 48,922 unit, melonjak berbanding 7,499 unit tempoh sama tahun lalu.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) memaklumkan, jualan kenderaan penumpang pada bulan tersebut menyaksikan peningkatan ketara sebanyak 43,594 unit daripada 5,343 unit pada Julai 2021.

Bagi jualan kenderaan komersial pula, naik 5,328 unit daripada 2,156 unit.

"Jumlah jualan bagi tujuh bulan pertama tahun ini, 48% lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu," kata kenyataan dikeluarkan MAA.

Sementara itu pengeluaran merekodkan 52,061 unit kenderaaan daripada 2,775 unit bulan sama tahun lalu.

Jumlah itu merangkumi kenderaan penumpang sebanyak 48,002 unit dan kenderaan komersial 4,059 unit.

Bagi bulan ini, MAA menjangkakan jumlah jualan akan kekal sama seperti paras Julai 2022.


(FOTO BERNAMA)

Media Baharu