fb fb fb fb fb

RTM berperanan penting sampaikan agenda nasional kepada rakyat

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 1 April- Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus memainkan peranan penting dalam menyampaikan agenda nasional.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, RTM menjadi suara penghubung antara kerajaan dengan rakyat.

Menerusi enam saluran TV dan 34 stesen radio yang berdepan pelbagai cabaran, RTM kekal relevan.

"Saya percaya Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman, dengan pengalaman beliau dan sokongan pasukan di RTM, kita akan menyaksikan pelbagai perubahan positif," katanya kepada pemberita di sini.

RTM turut menggerakkan Pelan Strategik 2021-2025 dan Pelan Transformasi RTM 2021-2023 melibatkan empat tunjang utama.

Ia merangkumi radio, televisyen, media baharu dan kejuruteraan daripada segi infrastruktur.

Sekali gus menjamin penyampaian hebahan maklumat RTM sentiasa pada tahap optimum dan diterima rakyat secara keseluruhannya.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu