(Polis menggesa pemandu bas yang tular memandu sambil menggunakan telefon bimbit
untuk tampil bantu siasatan/Foto tular media sosial)
KUALA LUMPUR, 1 April- Tindakan seorang pemandu bas yang tular menggunakan telefon bimbit semasa memandu diminta tampil menyerah diri ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, tindakan pemandu itu tular di media sosial TikTok menerusi satu rakaman video berdurasi 21 saat.
"Tindakan pemandu bas ini boleh mendatangkan risiko kemalangan, bukan hanya kepada penumpang bas tersebut tetapi kepada pengguna jalan raya lain.
"Kejadian itu dipercayai dirakam oleh salah seorang penumpang bas terbabit," katanya.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat nombor pendaftaran bas tersebut adalah ALM9815 dan ketika kejadian bas itu dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Ipoh.
Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menyalurkan kepada Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM (JSPT) melalui Facebook Messenger atau e-mel terus ke
(Foto fail)