(Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan
menyerahkan sumbangan Aidilfitridi Rumah Anak Yatim Hidayah
Al-Hijrah, Hulu Langat)
KUALA LUMPUR, 1 April- Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menerima sumbangan berjumlah RM40,000 daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk disalurkan kepada 200 orang anak yatim terpilih di Selangor
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mewakili YIDE bagi menerima sumbangan yang disampaikan Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid pada program penyerahan sumbangan Aidilfitri di Rumah Anak Yatim Hidayah Al-Hijrah, Hulu Langat dekat sini.
Tengku Amir Shah turut berkenan menyampaikan sumbangan 100 kilogram beras kepada rumah anak yatim berkenaan sebelum beramah mesra bersama anak-anak yatim di sini dan menyampaikan duit raya kepada mereka.
Sementara itu, Pengerusi YIDE Tan Sri Mazlan Mansor berkata setiap anak yatim berkenaan akan menerima wang tunai berjumlah RM150 manakala RM50 akan dimasukkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) Prime masing-masing.
(Program penyerahan sumbangan Aidilfitri di Rumah Anak Yatim Hidayah Al-Hijrah, Hulu Langat)
Pada majlis sama, PTPTN turut menyumbang RM5,000 kepada Rumah Anak Yatim Hidayah Al-Hijrah bagi membaiki infrastruktur yang uzur, kelengkapan akademik serta membayar bil ulitiliti.
Selain itu, PTPTN juga menerima sumbangan RM60,550 daripada Cental Sugars Refinery Sdn Bhd bagi penabungan tambahan akaun Simpan SSPN.
Sumbangan berkenaan disalurkan untuk kira-kira 900 anak yatim di 23 buah rumah anak yatim selian YIDE.