fb fb fb fb fb

Anwar adakan kunjungan hormat ke atas PM China

(Foto Pejabat Perdana Menteri)

BEIJING, 1 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini mengadakan kunjungan hormat ke atas rakan sejawatannya, Li Qiang di Dewan Besar Rakyat.

Ini merupakan kunjungan pertama kali perdana menteri ke atas Qiang selepas menerajui Kerajaan Perpaduan, sejak November tahun lalu.

Setelah lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan, Anwar diiringi Qiang memeriksa kawalan kehormatan angkatan tentera China.

Kedua-dua pemimpin itu kemudiannya meneruskan sesi mesyuarat dua hala antara Malaysia dan China.

Anwar dan Qiang kemudiannya menyaksikan majlis menandatangani tiga memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan China.

Selesai menyaksikan MoU itu, Anwar dan delegasi akan menghadiri majlis berbuka puasa yang dihoskan Qiang, bertempat di Dewan Besar Rakyat.

Bersama dalam delegasi Anwar, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Selesai kunjungan hormat di Dewan Besar Rakyat, perdana menteri dijadual mengadakan sidang media sebelum dijangka berlepas ke tanah air pada pukul 9.00 malam.


(Foto Pejabat Perdana Menteri)

Media Baharu