fb fb fb fb fb

RTM mengalu-alukan penaja luar bantu komuniti setempat

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman

KUALA LUMPUR, 19 Jun - Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengalu-alukan penyertaan penaja luar untuk sentiasa bekerjasama dalam usaha membantu komuniti setempat, khususnya yang memerlukan.

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, usaha itu dapat membentuk satu masyarakat penyayang dan harmoni sekali gus membawa perpaduan dalam kalangan masyarakat ketahap lebih baik.

Hari ini NESQ Resources menaja lima ekor lembu korban dengan kerjasama RTM untuk diserahkan kepada 50 orang asnaf terpilih termasuk kakitangan stesen penyiaran itu, sempena Hari Raya Aidilaha.

"Jadi hari ini kita sudah tunjukkan contoh dimana NESQ datang bersama-sama dengan kita membantu dalam hari raya korban ini. Jadi ini adalah salah satu yang saya rasa sangat bermakna bukan sahaja untuk RTM.

"Tetapi bermakna untuk komuniti dan seluruh rakyat Malaysia, dimana badan-badan korporat boleh bekerjasama untuk sesuatu yang baik kerja-kerja amal dan membantu komuniti dan ini juga dituntut oleh agama," kata Suhaimi.

Beliau ditemui pemberita selepas program penyerahan daging korban di Angkasapuri, di sini.

TETITIA YUSOFF