fb fb fb fb fb

MAPA 2024 jangka lulus peruntukan RM30 juta, perkasa koperasi

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (kiri)

PETALING JAYA, 19 Jun - Peruntukan sebanyak RM30 juta dijangka akan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-38 (MAPA 2024) pada Sabtu ini.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, peruntukan tersebut bertujuan melaksanakan beberapa projek baharu dalam usaha memperkasa perniagaan koperasi.

Beliau berkata pihaknya telah mengenal pasti projek yang bakal dilaksanakan itu melibatkan sektor keterjaminan makanan termasuk pertanian dan ternakan.

"Pada masa akan datang kita akan mungkin hadapi krisis bekalan makanan disebabkan perubahan cuaca dan menyebabkan pengeluaran makanan menjadi masalah, jika berlaku ia akan beri kesan kepada bekalan makanan yang kita gunakan.

"Kita perlu pastikan untuk mengatasi masalah ini dengan merancangkan untuk memperhebat pengeluaran makanan termasuk ternakan, sayuran dan pelbagai tanaman makan sebagai gantian import," kata Fattah.

Beliau menjelaskan perkara itu kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Daging Qurban Sempena Aidiladha, di sini.

MAPA 2024 akan disertai lebih 1,400 perwakilan koperasi seluruh Malaysia termasuk penyertaan secara dalam talian.

TETITIA YUSOFF