fb fb fb fb fb

Perdana Menteri Belanda dilantik sebagai Ketua NATO baharu

Perdana Menteri Belanda, Mrk Rutte/ Foto REUTERS

WASHINGTON, 19 Jun-Perdana Menteri Belanda,Mark Rutte yang dianggap sebagai sekutu Ukraine dan pengkritik tegar Presiden Rusia Vladimir Putin dijangka menggantikan Jens Stoltenberg sebagai ketua NATO,lapor penyiar kebangsaan Belanda NOS pada Selasa, selepas Hungary dan Slovakia menyokong pencalonan berkenaan.

Stoltenberg ketika bercakap di sidang media bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken bagaimanapun tidak mengesahkan mahupun menafikan laporan media tersebut.

"Saya berasakan Rutte merupakan calon yang kuat. Dia mempunyai pengalaman sebagai Perdana Menteri. Sebagai seorang kawan rapat, saya percaya NATO telah menentukan pengganti saya", katanya.

Ketua Setiausaha NATO baharu bakal berdepan cabaran bagi mmengekalkan sokongan sekutu terhadap peperangan Ukraine menentang pendudukan Rusia disamping mengekalkan NATO daripada sebarang konflik yang boleh menjerumuskan pakatan berkenaan ke dalam perang menentang Rusia.

Di bawah kepimpinan Rutte sebelum ini, Belanda telah meningkatkan perbelanjaan pertahanan negara berkenaan melebihi 2 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KDNK) yang diperlukan oleh anggota NATO.

Selain itu, Belanda turut membekalkan jet pejuang F-16, artileri, dron dan peluru kepada Kyiv serta melakukan pelaburan besar dalam ketenteraan.

Sokongan Rutte terhadap Ukraine dizahirkan menerusi kritikannya terhadap Presiden Rusia, selain meminta agar Rusia bertanggungjawab terhadap insiden MH 17 yang terhempas pada Julai 2014 dan membunuh kesemua 298 penumpang dan anak kapal, 196 daripadanya dari Belanda.

Beberapa jam sebelum laporan NOS, Hungary dan Slovakia telah memberikan sokongan mereka kepada pencalonan Rutte, menyelesaikan halangan penting dalam perjalanannya ke jawatan tertinggi NATO.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD