fb fb fb fb fb

RTM medium penting sebar maklumat sahih situasi inflasi- KP RTM

(Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud
semasa di Majlis Perhimpunan Bulanan RTM di Angkasapuri)

KUALA LUMPUR, 2 Ogos- RTM berperanan sebagai medium penting dalam menyebarkan maklumat sahih berkenaan situasi sebenar inflasi. Ia bagi membantu Keluarga Malaysia mendepani peningkatan kos sara hidup.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud berkata, RTM adalah penghubung antara rakyat dengan kerajaan.

Ia bagi memastikan setiap mesej serta dasar kerajaan berkaitan inflasi dapat disampaikan secara jelas dan mudah difahami rakyat.

Setakat ini, beliau berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua warga RTM khusunya kepada wartawan, juruhebah serta ikon siaran dalam menyampaikan informasi berkaitan inflasi mengikut kreativiti masing-masing.

(Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud)

"RTM ada menyiarkan kapsul-kapsul yang disiar menerusi TV1, supaya masyarakat mendapat penjelasan yang betul, maklumat yang kita perlukan dalam masa yang singkat, kapsul pendek supaya rakyat mudah memahami", katanya.

Datuk Che Roslan berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan, Jabatan Penyiaran Malaysia di Auditorium Perdana, Angkasapuri.

Dalam majlis sama turut diadakan acara pemaikaian pangkat kepada sembilan kakitangan RTM sebagai pegawai bersekutu dan pegawai CDERT RTM dengan dianugerahkan pangkat Leftenan Kolonel Bersekutu dan Kapten bersekutu Angkatan Pertahanan Awam.

Media Baharu