fb fb fb fb fb

JBPM Kelantan siap siaga kawasan berisiko

KOTA BHARU, 2 Ogos- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi musim tengkujuh dan tragedi kepala air di negeri itu.

Ia dengan cara latihan pengedalian bot, skuba dan mengadakan beberapa kempen.

Pengarah JBPM Kelantan Zainal Madasin berkata dengan pertambahan anggota bomba di Kelantan juga dapat membantu pihaknya dari segi kesediaan pasukan itu menhadapi bencana antaranya banjir.


(Pengarah JBPM Kelantan Zainal Madasin)

Pihaknya juga sudah mengenalpasti lokasi kepala air di Kelantan terutamanya di kawasan rekreasi pendalaman di Dabong, Kuala Krai dan Gua Musang.

"Kita punya autoliti kita kenderaan kita 80 peratus marin kita pun banyak dah, ok tiada isu kita juga dapat bantuan daripada ahli politik memberi bot di Pengkalan Kubur, Tumpat dan Jeli jadi ini sedikit sebanyak membantu tambah kita punya bot yang sedia ada," katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Pada majlis itu juga disertakan dengan simbolik penyerahan jalur gemilang kepada bahagian, Zon dan Balai Bomba di Seluruh Kelantan.

Ia bagi menyemarakan semangat kecintaan pada negara pada bulan kebangsaan.

Media Baharu