fb fb fb fb fb

Penglibatan pelbagai pihak penting dalam penyediaan Belanjawan 2026

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 7 Ogos -Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penglibatan pelbagai pihak amat penting ke arah penyediaan Belanjawan 2026. 

Katanya, penglibatan itu bukti keterbukaan kerajaan dan amalan demokrasi penyertaan bagi memastikan kerangka yang dibentuk mewakili hasrat rakyat; sekali gus mengambil kira kepentingan negara. 

"Jadi ini bagi saya memberi makna apa dia demokrasi penyertaan. Dengan mendengar dan membuat beberapa penyesuaian dalam kerangka, baik belanjawan, sebagaimana berlaku dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). 

"Kita dengar daripada kementerian daripada cadangan-cadangan kesatuan, kemudian dirumuskan, dibalik bertahun sehingga dapat kita bentangkan sesuatu yang kita anggap bukan sahaja mewakili hasrat rakyat dan kepentingan negara," katanya dalam ucapan penutupan Majlis Libat Urus Belanjawan 2026, di sini. 

Sesi libat urus itu dihadiri hampir 300 individu yang mewakili insitusi penjawat awam, sektor industri, dewan perniagaan, teknokrat, pakar ekonomi, para ilmuan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan antarabangsa. 

TETITIA YUSOFF