fb fb fb fb fb

Isu antiminyak sawit antara yang dibincang dalam lawatan Pelosi ke Parlimen

KUALA LUMPUR, 2 Ogos- Isu anti minyak sawit Malaysia antara yang dibincangkan dalam lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi ke Parlimen.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Harun berkata, pihaknya meminta lebih banyak libat urus dibuat bersama Amerika Syarikat bagi mencari solusi menang-menang dalam menangani isu berkenaan.

"Isu kelapa sawit yang telah sekian lama menjadi isu kontroversi antara Malaysia dan Amerika Syarikat dan kita ingin mencari jalan untuk mengadakan lebih banyak libat urus antara dua kerajaan mengenai isu ini, bahawa Malaysia tidak menyembunyikan apa-apa bagi menangani tuduhan yang dilemparkan terhadap industri kelapa sawit", katanya dalam sidang media di Parlimen.


(Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Harun semasa sidang media di Parlimen)

Tambahnya, Penilaian Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai pemerdagangan orang juga antara isu yang dibangkitkan dalam pertemuan berkenaan.

Selain itu, pertemuan itu turut membincangkan isu global berkaitan kelestarian alam sekitar dan keselamatan makanan.

Media Baharu