fb fb fb fb fb

Pengarah syarikat dituduh menipu urusan cagaran rumah bagi pinjaman wang RM5 juta

KUALA LUMPUR, 2 Ogos - Seorang pengarah syarikat hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu dalam urusan cagaran rumah bagi tujuan pinjaman wang bernilai RM5 juta pada empat tahun lalu.

Pengakuan dibuat selepas pertuduhan dibaca terhadapnya di hadapan Hakim Tuan Kamarudin Kamsun di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur.

Pengarah Syarikat Juru Autocity Sdn Bhd, Teoh Soo Beng dituduh memperdaya Syarikat Puas Murni Sdn Bhd selaku pemberi pinjaman wang berlesen dalam perjanjian pemberian wang berjumlah RM5 juta dengan empat buah hartanah miliknya sebagai cagaran.

Tertuduh bagaimana pun, dengan curangnya telah menjual cagaran tersebut sekali gus melanggar terma dalam perjanjian terbabit.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan.


(Foto fail)

Seksyen 420, memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun serta sebat dan denda.

Manakala Seksyen 405, penjara tidak lebih lima tahun atau sebat atau kedua-duanya.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan tarikh 21 September untuk sebutan semula kes.

Media Baharu