fb fb fb fb fb

Gagal sembunyi daripada pihak berkuasa, enam pati ditahan

KOTA TINGGI, 2 Ogos- Enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang sedang bersembunyi di Jalan Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor ditahan Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, 10 pagi tadi.

Menerusi kenyataan, pihaknya mengesan pendaratan lima lelaki dan seorang wanita itu hasil maklumat orang awam dan risikan.


(Enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia)

PATI berusia 36 hingga 49 tahun di bawa ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang untuk pemeriksaan dan dokumentasi.

Mereka kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Rengit untuk saringan COVID-19 sebelum diserah kepada Jabatan Imigresen Malaysia.

Sejumlah mata wang Malaysia dan Indonesia, enam telefon bimbit, jam tangan serta barang kemas dengan nilai keseluruhan RM4,334 dirampas.

Media Baharu