fb fb fb fb fb

RTM kekal relevan salur informasi dan aspirasi Keluarga Malaysia

SEREMBAN, 27 Julai - Sebagai stesen penyiaran sulung negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM) teguh berdiri dan kekal relevan menjadi 'teman setia anda' dalam menyalurkan informasi dan aspirasi Keluarga Malaysia.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik), Datuk Saidatu Akhma Hassan dengan menggunakan sepenuhnya platform radio, tevisyen dan media sosial RTM mempunyai acuan tersendiri dalam menyampaikan informasi kerajaan selain memastikan maklumat diberi sahih dan pantas.

"RTM telah mencapai usia 76 tahun, dan sudah semestinya sangat besar harapan kita semua selaku penonton, pendengar RTM dan warga kerja RTM sendiri untuk memastikan RTM terus kekal releven sebagai teman setia kepada semua rakyat Malaysia, untuk mendapatkan maklumat terkini, informasi dan pesanan yang akan disampaikan oleh kerajaan.

(Saidatu Akhma bercakap kepada pemberita dalam lawatan kerja
ke Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad)

"RTM terus menjadi platform pilihan pertama bagi rakyat Malaysia khususnya untuk mendapatkan segala yang sahih yang benar supaya dapat memberikan keyakinan kepada rakyat.

RTM akan sentiasa berusaha untuk menempatkan diri sebagai pilihan utama pendengar, saya sangat berharap supaya semua warga RTM bekerjasama dan lebih komited dalam memastikan hasrat untuk menjadikan RTM utama dapat dicapai dalam masa yang terdekat," kata Saidatu Akhma di sini.

Media Baharu