fb fb fb fb fb

Melaka siasat peningkatan kes guru stress

AYER KEROH, 27 Julai- Kerajaan Negeri Melaka mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menyiasat peningkatan jumlah guru bersara awal di negeri itu disebabkan tekanan kerja.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, pihaknya akan mengambil maklum dapatan daripada hasil siasatan sebelum diketengahkan kepada kerajaan persekutuan khasnya Kementerian Pendidikan (KPM).

"Saya mengambil serius bebanan tugas guru yang kian mencabar dan saya akan siasat 600 guru yang stress di negeri Melaka ni.

"Semalam ada juga guru yang berhenti awal akibat tidak tahan dengan bebanan kerja ini di Melaka kita akan minta pihak berkenaan terutama Jabatan Pendidikan Negeri untuk lihat perkara ini dan memaklumkn pada saya apa yang boleh pihak kerajaan negeri ketengahkan kepada kerajaan peringkat pusat" kata Sulaiman.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di luar dewan pada Persidangan Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Melaka ke-15 di Seri Negeri Ayer Keroh.

Semalam, dibahaskan di dalam dewan seramai 648 guru iaitu 4.63 peratus daripada jumlah 13,976 guru di negeri Melaka dikenal pasti menghadapi tekanan melalui Sistem Pengurusan Perkhidmatan Kaunseling (e2PK), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Daripada jumlah tersebut seramai 23 guru berada pada tahap stress dan 28 guru berada tahap kemurungan.


(Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali)

Media Baharu