fb fb fb fb fb

Melaka bakal bangunkan pusat data bernilai lebih RM1 bilion

AYER KEROH, 27 Julai- Sebuah pusat data bakal dibagunkan di Melaka, membabitkan nilai pelaburan lebih RM1 billion.

Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pelaburan sebuah syarikat daripada China itu dijangka menjadi pusat data kedua terbesar di Malaysia dan pembangunan dijangka mengambil masa setahun.

Katanya, pemilihan Melaka berdasarkan kedudukannya yang strategik selain mempunyai kabel dasar laut yang menghubungkan dunia seterusnya membolehkan pelabur mengembangkan program pelaburan digital yang akan beroperasi di negeri itu.

Beliau berkata, projek pembinaan di atas tanah seluas lapan hektar di Ayer Keroh itu bukan sahaja bakal memberi impak kepada Melaka malah juga negara dalam semua aspek termasuk ekonomi, sumber manusia dan sebagainya.

"Tanah untuk pusat data ini sudah pun dikenal pasti dan diuruskan oleh kerajaan negeri untuk urusan pembelian tanah tersebut dan proses sedang berjalan sekarang," kata Ab Rauf.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di luar dewan pada Persidangan Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Melaka ke-15 di Seri Negeri Ayer Keroh.

Dalam pada itu, Datuk Seri Rauf berkata, kerajaan negeri telah menandatangani Non Disclosure Agreement (NDA) bersama syarikat terbabit bagi menjaga kerahsiaan maklumat dan tidak boleh mendedahkan lebih lanjut mengenai pelaburan berkenaan.

 


(Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh)

Media Baharu